Monday, March 12, 2012

SELANGKAH KE GERBANG PERKAHWINAN -PART 1



Assalamualaikum.. aku just nak share serba sedikit pasal perjalanan dan persediaan untuk berkahwin ni.. Bukan persediaan dari segi kewangan and material yang aku nak share, cuma apa yang diwajibkan untuk setiap pasangan Muslim. Bukan apa, aku pun mulanya nervous and sibuk dok wat search kat internet dari kursus kahwin, HIV test, mengisi dan menyediakan segala bagai dokumen2 untuk pendaftaran perkahwinan. So terfikir aku ni asik take je, nak jugak contribute something so mempermudahkan pasangan2 lain nanti.

Ok, first sekali if korang dah rasa sampai seru tu, dah meet the parents, semua pihak pun agreed and happy, cepat2 lah mendaftar untuk Kursus Pra-Perkahwinan. Tempat yang aku ge ni, namanya Mahligai Firdaus, dekat Setiawangsa, bangunan berhadapan Giant Setiawangsa. Tempat ni agak famous, artis2 and VIP pun ramai join kursus kat sini. Ni link dia http://kursus-kahwin-perkahwinan.blogspot.com/. Yuran dia pun standard, RM80 seorang.

Ni la tempatnya, Mahligai Firdaus

Antara artis yg pernah berkursus kawin kt sini,
Fasha Sanda&Jejai, Mawi&Ekin

So lepas tu, pergi la amek borang 2A dekat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). Macam aku, tunang tolong amekkan sekali, borang untuk calon lelaki dan perempuan. Sebab aku kena complete kan sumer borang tu dulu baru leh bagi kat belah perempuan pastu baru dia leh submit ke PAID. So just fill up form tu, huruf besar dan jangan tandatangan lagi.

Contoh form 2A

Lepas tu ge la carik mana2 klinik kesihatan berdekatan korang and buat lah ujian HIV Test. Selalunya kena buat appointment dulu, aku ge klinik kesihatan Taman Dato Harun jer, dekat ngan umah. Ni no phone untuk appointment (Klinik Kesihatan Medan Maju Jaya Jln PJS 2C/5, Petaling Jaya Tel : 03-77819001). Sampai je kat klinik terus isi form HIV test pastu stand-by jer tunggu turn amek darah pastu sampai la part menunggu result yang mendebarkan huhu...


Muke nervous tapi wat2 maintain amek gambar masa tunggu result HIV


Alhamdulillah.. lulus..clean..hepinyer...


- Lengkapkan borang permohonan dan pastikan semua dokumen sokongan dilampirkan sekali masa submit borang kat PAID. Pastikan borang dihantar 3 bulan sebelum tarikh akad nikah.

- Dapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Nikah Qariah. Biasanya boleh tanya pada PAID siapa Penolong Pendaftar Nikah bagi qariah yang anda tinggal. Nak tau sendiri leh pergi kat masjid qariah korang pastu check jer kat whiteboard organization chart, biasanye ada nama Penolong Pendaftar Nikah (PPN). Yang ni kena bawa 2 orang saksi utk pergi jumpa sekali.

- Bila dah lengkap borang dengan pengesahan PPN, hantar ke PAID untuk dapatkan Kebenaran Berkahwin. X perlu bawak saksi dah. Yang ni pergi terus ke Pejabat JAIS depan masjid Shah Alam.

- Bila dah dapat Kebenaran Berkahwin dari PAID, serahkan pada pihak perempuan. Jangan simpan pulak Kebenaran Berkahwin tu.

Bagi memudahkan korang, boleh download checklist permohonan kahwin untuk lelaki bagi negeri Selangor disini .


Tuesday, January 17, 2012

ACCIDENT

Sedey x terkata bila accident.. aku accident ari sabtu 14 January masa drive on the way balik umah, after kerja..

Masa tu aku kat federal highway, sebelum Gerbang Darul Ehsan.. Entah camne, aku leh terleka pandang accident yang kebetulan de kt kiri & kanan jalan.. last2 sekali kete Toyota Unser kat depan aku emergency brake, aku xsempat brek.. Ape lagi, aku sudah kasi hantam la dia nyer bumper belakang..

Hurm nasib baik la owner kete tu (Chinese guy, around 30years old i guess) baik hati.. Memula tengok muka macam bengang jer, dia tengok2 bumper dia, kemek sikit jer, tgk kete aku haa ko aderr? terus dia ge tolong aku kuar kete, actually aku ok jer juz xdpt nak bukak pintu pasal dah kemek..


So ni la pict2 kete aku kena tow ke Balai Trafik Jalan Bandar, untuklodge report n amek gambar for insurance purposes. Paling sakit hati time dapat surat saman dari IO tu dek kerana aku sudah langgar belakang, adeyy terbang RM300.. Nasib de lobang, dapat murah sket..opsss hehe



Pe pon aku nak say thanks to my fwens, Prithipal Singh, Shuhaimi, Angah & adik aku Ikram aka Mr Roy yang immediately datang lepas tau aku accident..huhu. touching.. credit for shuhaimi for capturing all these photos..
So lepas ni kete aku dah nak masuk ICU, so tension laa aku since dh xde kete camne la nak ge keje n on-call. Luckily workshop tu ade provide kete pinjam, buruk pon belasah aje la asal sampai.

Monday, August 15, 2011

MACAM2 MENGENAI KUIH RAYA

Salam..sedar x sedar, dah separuh Ramadhan kita lewati.. dan x lama lagi, Syawal pun bakal menjelang. Kat tempat keje, hurm pesakit pun makin kurang, ye lah pasal dah nak dekat raya, so orang sakit pun xnak ge spital, takut x leh raya lah katanya hehe. Apa pun, semoga kita semua terus diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan ibadah puasa ini dan moga puasa kita diterima tuhan..

Sekadar selingan, beberapa nama2 kuih yang galmor sempena Ramadhan dan kueh raya... :)

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput

Friday, August 05, 2011

Welcoming the Ramadhan

Salam.. I would like to wish SELAMAT BERPUASA to all Muslims, may this Ramadhan will bring us Barakah, Happy Ramadhan -AnAs-

Saturday, July 30, 2011

FAMILY VACATION: LANGKAWI ISLAND



Baru-baru ni, sebelum masuk bulan Ramadhan, kitorang sekeluarga ge bercuti ke Langkawi..memang dah sebulan plan for this vacation.. ticket flight pun dh book siap2. So, pe lagi, juz empty mind and go for holiday, lari sekejap dari kesesakan KL, kesibukan kerja dan macam-macam.


Sampai jer kt Langkawi airport, dh malam, pukul 9, and van yg kitorg book dh menunggu.. then terus jer ge check in kt White Lodge Hotel, just opposite Underwater world n Pantai Chenang..

Banyak jugak la yg kitorg visit, well dah de transport, so drive jer tour around the island..
Ni ada few PHOTOS yang aku uploadkan kt Picasa web album aku..

Tuesday, July 05, 2011

Sixty Million Dollar Man



Malam tadi, duduk berehat sambil menonton tv.. so layan lah satu chinese movie nih.. memang kelakar filem lakonan Stephen Chow ni, tapi ada sedikit babak yang agak mengganggu aku..

Jika anda perasan, perhatikan semasa minit ke 2:37SIXTY MILLION DOLLAR MAN, tertera ukiran ALLAH berbingkai di dinding berhampiran katil wanita tersebut. Aku cuba mencari jawapannya hari ini dengan bertanya pada rakan-rakan dan search di internet.

So, ni antara beberapa jawapan yang aku jumpa...



Sunday, July 03, 2011

TRANSFORMERS 3 .. TERBAEKKKKK!!




Ini lah filem yang aku nanti-nantikan sepanjang tahun ni.. memang best la sampai dah 2x tonton kat cinema.. 1st tengok time launching 29 jun, midnight show haha... 2nd time ge dengan my fiancee hehe.. cian dia tak bape faham citer ni..ye lah, de jugak orang yang tak bape minat filem-filem fiksyen & penuh dengan aksi-aksi robot ni, I do undesrtand.. tapi yang aku tak leh blah, 2x tengok pun dapat seat paling depan jer.. hadoii sakit leher aku di buatnya..

TRANFORMERS 3: DARK of THE MOON mengisahkan bagaimana Decepticon cuba untuk membina semula Cybertron, tempat asal sume robot-robot Autobots & Decepticons, planet diorang yang musnah akibat sengketa sesama sendiri cewwahh.. Sequel ketiga ini juga menampilkan beberapa robot2 baru seperti Autobot Mirage dan Decepticon Shockwave.
Ni lah dia SENTINEL PRIME, mantan ketua autobots

SENTINEL PRIME in alternate mode

Ada elemen surprise la dalam filem ni, bagaimana Optimus Prime telah menghidupkan mantan ketua Autobots yang telah melarikan diri ke bulan semasa peperangan di Cybertron dulu, iaitu Sentinel Prime.. Malangnya he turns to be betrayer, and tak pasal-pasal beberapa kerat geng autobot kene bunuh ngan mangkuk ni, spt Iron Hide..ciss my favourite robot tuhh..



Autobot Mirage
SHOCKWAVE antara musuh-musuh baru autobots

Paling tak sangka rupanya ada jugak manusia yang bersekongkol dengan Decepticon ni..nak tau ge la tonton, memang tak rugi la. Hurm memang terbaik la filem ni, movie of the year la.. 18 bintang la aku bagi...

Sunday, June 12, 2011

HATI INI MILIK SIAPA??




Alhamdulillah, aku masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas, menghirup udara dunia dan menggunakan segala nikmat kurniaanNya.. 1 bonus bagiku, masih diberi peluang mencoret nukilan hati di sini.







Hati ini adalah milik Allah SWT dan hanya di amanahkan kepada kita.. Dalam sekelip mata jer, Dia boleh ubah hati kita.. begitu juga halnya dengan cinta. Cinta itu letaknya dlam hati yang ownernya Allah. Tak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin dan kehendaNya. Dan amat tidak wajar kita serahkan hati itu kepada orang lain untuk dikuasai dan diperintah. Biarlah rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah...


Sebenarnya aku harap sangat dapat attend 1 forum anjuran I Luv IsLAM bertajuk "Bila Pintu Hati Tërbuka". Forum ni akan dikemudikan oleh Heliza Helmi, menampilkan penulis Dr. Ridzwan Bakar dan Sham Kamikaze sebagai panelis. Forum ni bakal diadakan di Auditorium Karangkraf di Section 15, Shah Alam. BACA LANJUT..









Saturday, June 11, 2011

JOGGING @ TAMAN TAR, AMPANG JAYA



1st of all, thanks to Prithipal Singh @ HUMBLEKILLER for introducing me n brought me to such a nice place to jog..with nice sceneries, cool air n yet so green. It's Taman TAR nearby to KDE golf club, Ampang Jaya..
the place still lush & rich with greenery


excuse me, im not a MAN U. fan..

PRITHIPAL SINGH @ HUMBLEKILLER


Wow, so many people come to TAMAN TAR not only to jog but also to gawk n feed the monkeys n wildboars.. So strange to see the tame wildboars hehe.. I'm pretty scared at 1st, ye la kut2 boar tu turun bwh & tergeser plak, dh nk kene samak pulok hehe..

watching ppl feeding wild boars & monkeys

Sunday, June 05, 2011

THE HAUNTED HIGHWAY..KARAK..




Semalam ge tengok wayang citer hantu, "KARAK".. (baru jer menulis blog entry pasal "filem seram melahirkan generasi penakut") Hurm actually my gurl nak tengok Kungfu Panda-2, tapi aku plak yang beria2 nak tengok citer ni.. Almaklumla, selepas 2 filem KRU sebelum ni memang mengujakan aku dengan adegan2 CGI nyer, so i was expecting the same thing in this film.. My comment; hurm ok la, jalan cerita kemas n banyak scene2 mengaplikasikan teknologi CGI. Hantu2 pon nampak real, cuma ntah la, bile dah canggih ni, n hantu pun pakai CGI aku rasa x berapa cuak plak hehe..nape ek??


ULASAN


Pasti ramai yang dah dengar dan tahu mengenai kisah-kisah paranormal yang berlaku di lebuhraya Karak. Pelbagai versi yang kita dengar mengenai kejadian yang berlaku di situ antaranya Volkswagen kuning, kelibat ibu dan anak, halilintar, kematian suami atas bumbung kereta, perkuburan orang asli dan banyak lagi.


Berlandaskan kisah misteri seram dan urban legend ini, KRU Studios tampil dengan filem ke-9 mereka berjudul, Karak. Apa yang boleh aku katakan mengenai filem seram pertama arahan Yusry Abdul Halim ini, ia memang lain dari yang lain berbanding filem seram yang sudah ada sebelum ini.


Apa yang menariknya, Karak menampilkan 10 imej entiti makhluk halus dengan gabungan kesan khas make-up serta teknik CGI di mana ia mampu membuatkan penonton di pawagam menjerit ketakutan. Dengan kreativiti serta penggunaan teknik CGI tersebut, hantu yang dipaparkan dalam filem ini nampak ‘real’.

Selain hantu yang dipaparkan, kekuatan jalan cerita serta penampilan pelakon yang rata-ratanya dari pelakon baru ini juga menghidupkan lagi filem urban legend ini.

Bagi aku, filem Karak memang menyeramkan dan penuh suspen. Minit pertama je dah membuatkan satu pawagam menjerit ketakutan.

Namun, klimaks filem ini hanya terletak pada babak pertama saja di mana ketika ia menampilkan kisah-kisah urban legend di lebuhraya Karak. Walaubagaimanapun, elemen seram mulai tenggelam ketika babak di sebuah rumah usang yang terletak di dalam hutan.

Selain seram, filem ini turut diselitkan dengan unsur2 humor. So korang yang belum tengok lagi, ge la nonton. X pun tunggu je maybe x lama lagi kuar kt Astro First hehe..


Ni la scene yang aku agak confused.. nape Kilafairy ni berkemban tengah2 malam n sibuk nk mandi lps accdnt plak tuh...
rasa macam babak ni unnecessary plak..tang sexy tuh, no comment hehe..


Sinopsis

Karak mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.

Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.

credit to GUA .COM.MY

Thursday, June 02, 2011

FILEM2 SERAM MELAHIRKAN MASYARAKAT PENAKUT??


It's all began when I read an article in a Malay language newspaper titled "FILEM SERAM MELAHIRKAN MASYARAKAT PENAKUT". If you all noticed lately kita terlalu banyak disajikan dengan cerita2 seram dan hantu.. Tidak kurang juga drama2 yang memaparkan adegan2 tahyol dan khurafat.. For me, there's nothing wrong with the films (I was among the fans of horror stories hehe) cuma nya terpulanglah pada masing2 to determine & distinguish good or bad of it.. Pokok pangkal, tepuk dada, tanya iman.

Masalah timbul bila filem dan drama seram ini ditonton oleh kanak2 atau orang yang lemah semangat. Kalau filem tu boleh dikawal lagi, yela, selalu filem2 seram ni diklasifikasikan sebagai PG13 or 18SG , so kat wayang penonton dibawah umur dilarang masuk. Tapi camne pulak kalau drama2 yang disiar di televisyen? sape nak kawal?

I also have my own experience. I've been watching a violent horror movie titled "IT", bukan pasal information technology, tapi cerita pasal clown yang sangat menakutkan kanak-kanak.. lepas tu lama gak la aku agak trauma & it really scared me kalau ternampak badut nih.. tapi sekarang dah x takut dah hehe.. :)]



Dekat bawah ni ada la aku paste chatbox n conversation pasal topic ni kat fb..

  • Emyleena Zulfyq tk btul..dlu ms kecik2 sy penakut..tg0k cte seram smpi termimpi2..tp skrg bila dh dewasa tk penakut pn..jd pemberani pulak..tapi tk dinafikan kalau lalu kat tmpat keras meremang jg bulu r0ma..hehe..
    Friday at 11:42am via Facebook Mobile · · 1 person
  • Damat Hj D sebenarnya ada orang kata diri berani,x takut benda2 seram....nampak hantu kamu lari ke?......
    Friday at 11:45am · · 1 person
  • Yang Faziatun terpulanglah pada individu...if klu dah lemah semangat tuh tak yah tgklah..tp yg best malm td tv3 siar cite seram yang klako..hahaha.'.you saka....'
    Friday at 11:50am ·
  • Pyncez Ryn yup2...bbdk2 skg takot tgk dah cter sram..bile tgk sumer tutup mte jer..~ huhu
    Friday at 11:52am · · 1 person
  • Idayah Skacinta hurm...bukan penakot kot...jd antu lg adela kot...hehehehehe ..... kehkeh..sape stju angkat tgn mcm saye ' bak kate usop lam cite Hantu Kak Limah Balik Rumah'...ngeeeeeeeeeee. :P
    Friday at 11:54am · · 1 person
  • Ct Farawahida Abdul Jalal mn de...lebih brani kot...
    Friday at 11:55am ·

Monday, May 30, 2011

LANUN2 DI CARRIBEAN is BaCK



Baru2 ni aku layan nonton movie "Pirates of The Carribean:On Stranger Tides" nih kt GSC Time Square.. Time tu plan nak ge Low Yatt Plaza jer, coz nk repair PSP untuk anak bos aku..lps tu ge jalan2 kat Time Square terasa macam nak tengok wayang jer. Well, seronok juga tengok time weekdays coz no long queue to buy ticket.. Aku tengok iklan movie ni macam best jer, n kebetulan wayang dh nk start, so layann..

Filem ni mengisahkan perjalanan & pengembaraan Jack Sparrow yang dipaksa oleh King of British untuk mencari Fountain of youth, sebuah telaga yang kunun nya boleh mengekalkan keremajaan n kehidupan seseorang yang minum air dari telaga tersebut..

Angelica yang agak licik ex-awek Jack Sparrow

Jack sparrow ni cuba melarikan diri tapi terperangkap apabila diperdaya oleh Angelica (Penelope Cruz), awek lama dia yang mengaku sebagai anak kepada kapten kapal "Blackbeard".. Diorang nih pun on same expedition mencari telaga tu. Captain Blackbeard ni walaupun huduh tapi memiliki kuasa sakti dan boleh mengawal anak2 kapal dan semua alat atasa kapal menggunakan pedang dia jer..

Memang menarik la sepanjang pelayaran n pengembaraan lanun2 ni dorang berhadapan pelbagai cabaran & rintangan, termasuk persaingan dari kapal2 British n Sepanyol yang nak mencari telaga tu jugak..

The Mermaids..soo beatiful


The believers & the mermaid in love

Babak yang paling menarik aku rasa time dorang dapat tangkap ikan duyung yang cantik giler.. Mermaid ni sebenarnya sangat ganas dan akan mengganggu kapal2 yang melalui satu selat ni. Menggunakan kecantikan untuk memikat anak2 kapal yang akhirnya diculik dan dimakan didalam laut. Dan watak yang aku rasa agak menonjol ialah seorang paderi handsome yang akhirnya bercinta dengan duyung yg ditangkap tadi.. paderi ni pun nasib dia baik coz selalu jer survive hehe..