Monday, May 30, 2011

LANUN2 DI CARRIBEAN is BaCK



Baru2 ni aku layan nonton movie "Pirates of The Carribean:On Stranger Tides" nih kt GSC Time Square.. Time tu plan nak ge Low Yatt Plaza jer, coz nk repair PSP untuk anak bos aku..lps tu ge jalan2 kat Time Square terasa macam nak tengok wayang jer. Well, seronok juga tengok time weekdays coz no long queue to buy ticket.. Aku tengok iklan movie ni macam best jer, n kebetulan wayang dh nk start, so layann..

Filem ni mengisahkan perjalanan & pengembaraan Jack Sparrow yang dipaksa oleh King of British untuk mencari Fountain of youth, sebuah telaga yang kunun nya boleh mengekalkan keremajaan n kehidupan seseorang yang minum air dari telaga tersebut..

Angelica yang agak licik ex-awek Jack Sparrow

Jack sparrow ni cuba melarikan diri tapi terperangkap apabila diperdaya oleh Angelica (Penelope Cruz), awek lama dia yang mengaku sebagai anak kepada kapten kapal "Blackbeard".. Diorang nih pun on same expedition mencari telaga tu. Captain Blackbeard ni walaupun huduh tapi memiliki kuasa sakti dan boleh mengawal anak2 kapal dan semua alat atasa kapal menggunakan pedang dia jer..

Memang menarik la sepanjang pelayaran n pengembaraan lanun2 ni dorang berhadapan pelbagai cabaran & rintangan, termasuk persaingan dari kapal2 British n Sepanyol yang nak mencari telaga tu jugak..

The Mermaids..soo beatiful


The believers & the mermaid in love

Babak yang paling menarik aku rasa time dorang dapat tangkap ikan duyung yang cantik giler.. Mermaid ni sebenarnya sangat ganas dan akan mengganggu kapal2 yang melalui satu selat ni. Menggunakan kecantikan untuk memikat anak2 kapal yang akhirnya diculik dan dimakan didalam laut. Dan watak yang aku rasa agak menonjol ialah seorang paderi handsome yang akhirnya bercinta dengan duyung yg ditangkap tadi.. paderi ni pun nasib dia baik coz selalu jer survive hehe..




No comments: