Suhu panas dijangka berakhir minggu depan - JMM - 09/05/2011 7:31 pm
KUALA LUMPUR 9 Mei - Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.
Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.
"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya di sini hari ini.
Namun beliau berkata, keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal dalam bulan Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang direkodkan pada bulan Mei tahun 1998.
"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9 ° C), Alor Setar (37.5 ° C), Lubuk Merbau (37.0 ° C), Melaka (38.0 ° C), Batu dan Kuala Krai (38.0 ° C)," katanya. - Bernama
Alhamdulillah, so hopefully by next week, suhu n cuaca di sini akan bertambah baik..sampai sekarang aku masih merasa perit tekak dan suhu badan pun macam suam2 kuku hehe.. time siang keje, so xde la terasa bahang panas tuh, coz keje kt dlm hospital, for sure de air-cond n suhu sejuknye kalo pagi2 bisa menusuk tulang.. tapi kalau keluar time lunch hour tu terasa la bahang panas matahari yang begitu membakar hehe..
Waktu malam juga terasa bahang, sampai time tidur pun leh berpeluh.. aku agak bil elektrik rumah aku bulan ni surely tinggi since selalu je pasang air-cond kt living hall, and bilik2 sume on air-cond... :)
No comments:
Post a Comment