ANTI-PORNOGRAFI

ANTI-PORNOGRAFI



Salam.. dh dkt seminggu busy x mencoret disini.. kali ni aku rasa terpanggil untuk meluahkan perasaan kurang senang aku dengan situasi & keadaan yang melanda negara kita sekarang.. Bukan isu nasi lemak di kantin sekolah, tapi isu pornografi @ kelucahan ni...

Kalau korang perasan skrg ni, media massa seperti surat khabar terpampang gah di muka depan gambar hitam putih seorang lelaki separa bogel dengan seorang perempuan juga half naked, tv pun lagi hebat dengan video nya, apatah lagi internet terlalu banyak blog2 yang menyediakan akses untuk muat turun video lucah tersebut... aku ni bukanla minat sangat politik ni, tapi mengenangkan bila budak2 tengok mende cenggini, rasa teruk sangat dah.. bahan2 porno sekarang ni seolah2 dihalalkan untuk menjadi tatapan umum..

Tak kisah la orang tu bersalah atau tidak, tapi ini bukan caranya untuk mendedahkan aib orang.. janganlah buat negara kita ni semacam tiada undang2..

Syariat Islam telah diturunkan untuk melindungi kepentingan manusia, menjaga agama, nyawa, harta, maruah dan nama baik seseorang. Ini terkandung dalam maqasid Shariah (matlamat syara`) dimana Islam melindungi kepentingan asas manusia iaitu nyawa, akal, harta, keturunan serta nama baik orang ramai.
Rasulullah s.a.w menegaskan dalam hadis baginda bermaksud:
“Setiap orang Islam haram menceroboh orang Islam yang lain; Haram menceroboh nyawanya, hartanya dan maruahnya”.
Dalam hadis tadi, baginda menegaskan dengan jelas tentang pengharaman perkara2 tersebut itu. Sebaliknya Islam mengajar agar tiap orang melindungi dan menjaga maruah orang lain. Malah jika benarpun seseorang itu telah melakukan kesalahan, Islam menuntut agar ia tidak dihebahkan atau digembar gemburkan tapi dilindungi demi menjaga maruah seseorang itu.


Dalam sebuah kisah, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang menasihati Mai’z agar datang menemuinya untuk membuat pengakuan zina dengan katanya:
“Mengapa tidak engkau tutup sahaja perkara ini dengan pakaian kamu. Andai saja engkau sembunyikan perkara itu, tentu ia lebih baik bagi kamu.”
Quran menjelaskan dalam Surah an-Nur 24:19 -
“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya kebejatan di kalangan orang yang beriman, untuk mereka seksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat.”
Oleh kerana itu Islam menetapkan hukuman yang amat berat terhadap orang yang mengaibkan orang lain atau menceroboh maruah dan nama baik orang lain