Friday, November 05, 2004

Bush Dipilih Semula,Apa Reaksi Umat Islam??

Pagi tadi saya ada membaca tentang LAPORAN AKHBAR mengenai kemenangan George W Bush dalam pilihanraya US, menewaskan pencabarnya John Kerry. Saya yang mengikuti perkembangan pilihanraya ini agak kurang senang dengan pemilihan semula Bush bagi penggal ke-2 bagi menduduki "The White House". Keputusan ini juga membawa maksud Bush akan terus mengemudi hala tuju negara itu. Saya sebenarnya tidak menaruh harapan yg tinggi sekalipun Kerry memenangi pilihanraya tersebut kerana saya pasti dasar luar US tidak akan banyak berubah. Polisi negara itu terhadap nasib Umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan tetap akan sama. Dengan alasan memerangi keganasan, mereka sewenang-wenangnya menghalalkan penyembelihan Umat Islam samada di tangan "The US Army" atau tentera Yahudi Laknatullah. Apa yg pasti, Bush pasti akan mempergunakan ikon pengganas ciptaan mereka iaitu Osama b Laden untuk terus memperhebat "gerakan penghapusan" terhadap Umat Islam. Wallahualam.
Posted by Hello

Wednesday, November 03, 2004

mAjLIiS JaMuAn HaRi RaYa PHOTOBLOG

Akum, memandangkan Hari Raya bakal menjelang tibe, di sini saya paparkan aktiviti yg telah dianjurkan oleh persatuan pelajar kami, Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan, iaitu Jamuan Hari Raya. Ni ada beberapa PHOTOS yg saya dah upload kan. Walaupun agak terlambat, rasanya x salah kalau keghairahan n kemeriahan hari raya yg tergambar dlm photo ini dikongsi bersama. Tahun ni, InsyaAllah, kite buat lagi, walaupun saya mungkin saya xder, tp nanti kalau dpt photo nyer, boleh saya uploadkan..
Posted by Hello

SOUP OF THE DAY: "A BABY SOUP"

Assalamualaikum WBT.. Salam Ramadhan buat semua rakan2 dan Umat Moslem, semoga tabah menjalani ibadat puasa. Baru2 ini, selepas solat terawih di sebuah surau berdekatan rumah saya, saya ada mendengar satu ceramah yg diberikan oleh seorang ustaz. Dalam kepetahan ustaz nie berceramah, ada dia menyelitkan sebuah kisah mengenai “Sup Bayi”. Sup yg agak popular di beberapa buah negara luar ini agak laris kerana kononnya ia dapat mendatangkan beberapa faedah kesihatan di samping menambah ‘tenaga kelelakian’. Begitu mual mendengar ustaz itu bercerita tentang PENYEDIAAN SUP BAYI ITU, bagaimana bayi itu dilapah dan sebagainya. Pulang saja ke rumah, terpanggil saya untuk melihat sendiri kisah tersebut melalui laman web yg diberikan ustaz tadi. MasyaAllah, hampir termuntah saya melihat bagaimana bayi tersebut direbus dan dihidangkan di dlm mangkuk sup, x ubah seperti sup daging yg selalu kita mkn. Timbul juga rasa kasihan melihatkan bagaimana bayi yg masih suci itu diperlakukan sebegitu rupa.Terfikir saya bagaimana manusia tergamak mamakan daging manusia, adakah zaman ‘kanibalisme’ sudah ujud semula?? Wallahualam.
SOUP OF THE DAY: "A BABY SOUP" Posted by Hello

Sunday, October 31, 2004

Percutian di Pulau Langkawi Photoblog

Pada bulan lepas kami sekeluarga telah bercuti di Pulau Langkawi.. sajer amik masa bersama keluarga.. kebetulan mase tuh saya n kakak masing2 cuti, xde kuliah, so kami pun join sekali... Sepanjang 4 hari di sana, kami sekeluarga stay di Hotel Helang, berhampiran Pantai Chenang. banyak gak tempat yg kami lawati seperti Perkampungan Mahsuri, Underwoterworld, Pantai Chenang, Beras Terbakar dan yg paling besh ialah shopping kat Pekan Kuah (mak n akak je kut)... ade beberapa PHOTO-PHOTO yg saya dah upload kan..