Wednesday, November 03, 2004

SOUP OF THE DAY: "A BABY SOUP"

Assalamualaikum WBT.. Salam Ramadhan buat semua rakan2 dan Umat Moslem, semoga tabah menjalani ibadat puasa. Baru2 ini, selepas solat terawih di sebuah surau berdekatan rumah saya, saya ada mendengar satu ceramah yg diberikan oleh seorang ustaz. Dalam kepetahan ustaz nie berceramah, ada dia menyelitkan sebuah kisah mengenai “Sup Bayi”. Sup yg agak popular di beberapa buah negara luar ini agak laris kerana kononnya ia dapat mendatangkan beberapa faedah kesihatan di samping menambah ‘tenaga kelelakian’. Begitu mual mendengar ustaz itu bercerita tentang PENYEDIAAN SUP BAYI ITU, bagaimana bayi itu dilapah dan sebagainya. Pulang saja ke rumah, terpanggil saya untuk melihat sendiri kisah tersebut melalui laman web yg diberikan ustaz tadi. MasyaAllah, hampir termuntah saya melihat bagaimana bayi tersebut direbus dan dihidangkan di dlm mangkuk sup, x ubah seperti sup daging yg selalu kita mkn. Timbul juga rasa kasihan melihatkan bagaimana bayi yg masih suci itu diperlakukan sebegitu rupa.Terfikir saya bagaimana manusia tergamak mamakan daging manusia, adakah zaman ‘kanibalisme’ sudah ujud semula?? Wallahualam.
SOUP OF THE DAY: "A BABY SOUP" Posted by Hello

No comments: