Pagi tadi saya ada membaca tentang LAPORAN AKHBAR mengenai kemenangan George W Bush dalam pilihanraya US, menewaskan pencabarnya John Kerry. Saya yang mengikuti perkembangan pilihanraya ini agak kurang senang dengan pemilihan semula Bush bagi penggal ke-2 bagi menduduki "The White House". Keputusan ini juga membawa maksud Bush akan terus mengemudi hala tuju negara itu. Saya sebenarnya tidak menaruh harapan yg tinggi sekalipun Kerry memenangi pilihanraya tersebut kerana saya pasti dasar luar US tidak akan banyak berubah. Polisi negara itu terhadap nasib Umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan tetap akan sama. Dengan alasan memerangi keganasan, mereka sewenang-wenangnya menghalalkan penyembelihan Umat Islam samada di tangan "The US Army" atau tentera Yahudi Laknatullah. Apa yg pasti, Bush pasti akan mempergunakan ikon pengganas ciptaan mereka iaitu Osama b Laden untuk terus memperhebat "gerakan penghapusan" terhadap Umat Islam. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment