Monday, March 12, 2012

SELANGKAH KE GERBANG PERKAHWINAN -PART 1



Assalamualaikum.. aku just nak share serba sedikit pasal perjalanan dan persediaan untuk berkahwin ni.. Bukan persediaan dari segi kewangan and material yang aku nak share, cuma apa yang diwajibkan untuk setiap pasangan Muslim. Bukan apa, aku pun mulanya nervous and sibuk dok wat search kat internet dari kursus kahwin, HIV test, mengisi dan menyediakan segala bagai dokumen2 untuk pendaftaran perkahwinan. So terfikir aku ni asik take je, nak jugak contribute something so mempermudahkan pasangan2 lain nanti.

Ok, first sekali if korang dah rasa sampai seru tu, dah meet the parents, semua pihak pun agreed and happy, cepat2 lah mendaftar untuk Kursus Pra-Perkahwinan. Tempat yang aku ge ni, namanya Mahligai Firdaus, dekat Setiawangsa, bangunan berhadapan Giant Setiawangsa. Tempat ni agak famous, artis2 and VIP pun ramai join kursus kat sini. Ni link dia http://kursus-kahwin-perkahwinan.blogspot.com/. Yuran dia pun standard, RM80 seorang.

Ni la tempatnya, Mahligai Firdaus

Antara artis yg pernah berkursus kawin kt sini,
Fasha Sanda&Jejai, Mawi&Ekin

So lepas tu, pergi la amek borang 2A dekat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). Macam aku, tunang tolong amekkan sekali, borang untuk calon lelaki dan perempuan. Sebab aku kena complete kan sumer borang tu dulu baru leh bagi kat belah perempuan pastu baru dia leh submit ke PAID. So just fill up form tu, huruf besar dan jangan tandatangan lagi.

Contoh form 2A

Lepas tu ge la carik mana2 klinik kesihatan berdekatan korang and buat lah ujian HIV Test. Selalunya kena buat appointment dulu, aku ge klinik kesihatan Taman Dato Harun jer, dekat ngan umah. Ni no phone untuk appointment (Klinik Kesihatan Medan Maju Jaya Jln PJS 2C/5, Petaling Jaya Tel : 03-77819001). Sampai je kat klinik terus isi form HIV test pastu stand-by jer tunggu turn amek darah pastu sampai la part menunggu result yang mendebarkan huhu...


Muke nervous tapi wat2 maintain amek gambar masa tunggu result HIV


Alhamdulillah.. lulus..clean..hepinyer...


- Lengkapkan borang permohonan dan pastikan semua dokumen sokongan dilampirkan sekali masa submit borang kat PAID. Pastikan borang dihantar 3 bulan sebelum tarikh akad nikah.

- Dapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Nikah Qariah. Biasanya boleh tanya pada PAID siapa Penolong Pendaftar Nikah bagi qariah yang anda tinggal. Nak tau sendiri leh pergi kat masjid qariah korang pastu check jer kat whiteboard organization chart, biasanye ada nama Penolong Pendaftar Nikah (PPN). Yang ni kena bawa 2 orang saksi utk pergi jumpa sekali.

- Bila dah lengkap borang dengan pengesahan PPN, hantar ke PAID untuk dapatkan Kebenaran Berkahwin. X perlu bawak saksi dah. Yang ni pergi terus ke Pejabat JAIS depan masjid Shah Alam.

- Bila dah dapat Kebenaran Berkahwin dari PAID, serahkan pada pihak perempuan. Jangan simpan pulak Kebenaran Berkahwin tu.

Bagi memudahkan korang, boleh download checklist permohonan kahwin untuk lelaki bagi negeri Selangor disini .


Tuesday, January 17, 2012

ACCIDENT

Sedey x terkata bila accident.. aku accident ari sabtu 14 January masa drive on the way balik umah, after kerja..

Masa tu aku kat federal highway, sebelum Gerbang Darul Ehsan.. Entah camne, aku leh terleka pandang accident yang kebetulan de kt kiri & kanan jalan.. last2 sekali kete Toyota Unser kat depan aku emergency brake, aku xsempat brek.. Ape lagi, aku sudah kasi hantam la dia nyer bumper belakang..

Hurm nasib baik la owner kete tu (Chinese guy, around 30years old i guess) baik hati.. Memula tengok muka macam bengang jer, dia tengok2 bumper dia, kemek sikit jer, tgk kete aku haa ko aderr? terus dia ge tolong aku kuar kete, actually aku ok jer juz xdpt nak bukak pintu pasal dah kemek..


So ni la pict2 kete aku kena tow ke Balai Trafik Jalan Bandar, untuklodge report n amek gambar for insurance purposes. Paling sakit hati time dapat surat saman dari IO tu dek kerana aku sudah langgar belakang, adeyy terbang RM300.. Nasib de lobang, dapat murah sket..opsss hehe



Pe pon aku nak say thanks to my fwens, Prithipal Singh, Shuhaimi, Angah & adik aku Ikram aka Mr Roy yang immediately datang lepas tau aku accident..huhu. touching.. credit for shuhaimi for capturing all these photos..
So lepas ni kete aku dah nak masuk ICU, so tension laa aku since dh xde kete camne la nak ge keje n on-call. Luckily workshop tu ade provide kete pinjam, buruk pon belasah aje la asal sampai.