


WELCOME TO MY BLOG, ANAS ONLINE SITE... HERE I POST A FEW THOUGHTS, INSPIRATIONS, SOME PICTURES & MY ACTIVITIES..



Pasti ramai yang dah dengar dan tahu mengenai kisah-kisah paranormal yang berlaku di lebuhraya Karak. Pelbagai versi yang kita dengar mengenai kejadian yang berlaku di situ antaranya Volkswagen kuning, kelibat ibu dan anak, halilintar, kematian suami atas bumbung kereta, perkuburan orang asli dan banyak lagi.

Apa yang menariknya, Karak menampilkan 10 imej entiti makhluk halus dengan gabungan kesan khas make-up serta teknik CGI di mana ia mampu membuatkan penonton di pawagam menjerit ketakutan. Dengan kreativiti serta penggunaan teknik CGI tersebut, hantu yang dipaparkan dalam filem ini nampak ‘real’.
Selain hantu yang dipaparkan, kekuatan jalan cerita serta penampilan pelakon yang rata-ratanya dari pelakon baru ini juga menghidupkan lagi filem urban legend ini.

Bagi aku, filem Karak memang menyeramkan dan penuh suspen. Minit pertama je dah membuatkan satu pawagam menjerit ketakutan.
Namun, klimaks filem ini hanya terletak pada babak pertama saja di mana ketika ia menampilkan kisah-kisah urban legend di lebuhraya Karak. Walaubagaimanapun, elemen seram mulai tenggelam ketika babak di sebuah rumah usang yang terletak di dalam hutan.
Selain seram, filem ini turut diselitkan dengan unsur2 humor. So korang yang belum tengok lagi, ge la nonton. X pun tunggu je maybe x lama lagi kuar kt Astro First hehe..


Sinopsis
Karak mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.
Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.
















Sedang elok, filem ni start right after I finished watching Fast 5 movie. And the movie hall just next to the previous one. Masuk je, tengok panggung x penuh.. hurm, xkan la free pon xpenuh.. Aku dah syak lain macam. SERAM sangat ke filem nih..
Sinopsis Seru:- Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk “Jangan Bernafas”. Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku diluar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut ingin menjadikannya sebagai “footages” menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal…. tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi .
Antara barisan pelakon ialah Awal Ashaari, Pierre Andre, Nora Danish, Shaarnaz, Qhaud AF7, Dazrin, Sufian Mohamed, Nisha Dirr, Khatijah, Cut Mutia, Dewa Sapri dan ramai lagi.
Hurm suddenly I felt dizzy after half an hour watching the movie, I felt like throwing out..rasa loya giler.. I'm not saying the film is not good, maybe i juz not used to this new film concept. The film is shot documentary style through the eyes of a camera man on a film set.
So sebelum aku cipta rekod termuntah dalam panggung, aku terus bangun ge toilet..aku control gak, xde la tunjuk muka nak termuntah tu, buat2 mcm nk terkencing jer..and i was shocked coz dlm toilet ramai giler orang muntah, sumer nye lps kuar dari tgk filem ni. Everybody was complaining x dapat nak teruskan tontonan pasal berasa terganggu dengan pergerakan kamera yang membuatkan penonton jadi pening kepala.
Kata pengarah filem ni, Pierre Andre, dia memang sengaja menggunakan pergerakan kamera tu kerana konsep filem memang sedemikian. So aku fikir, kalau begitulah kehendak pengarah, tahniah la coz filem ni dah berjaya membuatkan ramai pening and muntah.. aku? honestly langsung xfaham jalan citer dia n aku xtau ending dia coz lepas aku muntah tu aku curik masuk kat hall sebelah layan citer THOR tanpa rasa bersalah hehe..