WASHINGTON: Pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden terbunuh dalam serangan yang dilakukan tentera Amerika Syarikat (AS), di Pakistan, kata Presiden AS, Barack Obama dalam satu pengumuman menerusi televisyen negara itu, sebentar tadi. - AFP
Terpana sekejap aku setelah terdengar berita ini..so aku terus search kat internet..dan memang satu dunia sudah kecoh tentang kematian musuh no 1 Amerika dan Israel ini.. di kaca2 tv pula ditayangkan ratusan orang yang rata2nya rakyat Amerika sedang menari2 sambil meraikan kematian Osama.
Mengimbas kembali blog entry aku pada tahun 2007, aku yakin Osama hanyalah ikon pengganas ciptaan negara Uncle Sam itu.. cuba ingat semula beberapa tahun sudah semasa kempen pemilihan presiden, masa tu berita mengkhabarkan bahawa Osama sudah mati di pergunungan ToraBora kerana sakit jantung.. Ironi nya berita kematian Osama kini tersebar ketika penggal pemerintahan Parti Demokratik dipimpin Obama hampir tamat. Jadi untuk memenangi hati rakyat Amerika & menambahkan kepopularan presiden kulit hitam pertama ini, berita kematian Osama tentunya menguntungkan. Sementelah tersebarnya rumors yang mengatakan Obama bukanlah di lahirkan di Amerika dan sijil kelahirannya dipertikaikan. (syarat wajib utk menjadi presiden USA ialah warga Amerika yg lahir di Amerika, dan dikatakan Obama dilahirkan di Kenya, negara asal ayahnya).
Apa pula kesan kematian Osama untuk orang Islam? Buat masa ini, aku masih lagi x nampak sebarng efeknya. Yang pastinya, atas alasan kununnya memerangi pengganas Al-Qaeda pimpinan Osama ini, ribuan umat Islam telah terkorban. Dan juga jutaan umat Islam di dunia ini telah dipandang serong, dicop sebagai pengganas. Tidak kurangnya beberapa buah negara Islam seperti Afghanistan, Iraq telah diceroboh semata-mata alasan untuk memburu pengganas.. Dan aku sangsi dengan kematian Osama ini, tentu selepas ini lebih banyak agenda tersembunyi negara2 kafir Laknatullah ini akan gunakan untuk memfitnah umat Islam..WALLAHUALAM'
No comments:
Post a Comment