Friday, May 06, 2011

Fast5- Fast & Furious 5

1st of all, let me say this is definitely the best and my favourite out of The Fast & Furious series. Haha, completely full of actions, a lot of fighting, racing, guns and hot chicks hehe..memang terbaik, and not to forget all the funny dialog lines.

Memang x rugi menonton filem ni. So kredit to my fwen, Martias yang beria-ia mengajak aku nonton filem ni kat TGV KLCC.. Unfortunately, sume seat dh penuh, except the first front row.. ape nk wat, dh nak tengok jugak layan sampai sakit leher hehe..

So di sini aku sisipkan sinopsis filem ni..

Filem ini mengisahkan tentang Brian O'Conner dan Dom Toretto yang melarikan diri bersama adiknya iaitu Mia Toretto ke Rio Janeiro, Brazil selepas mereka berjaya melepaskan diri daripada tahanan polis. Mereka kini telah menjadi antara penjenayah yang amat dikehendaki oleh pihak Amerika. Untuk mendapatkan kebebasan mereka kembali maka mereka merancang untuk merompak orang paling berpengaruh di Rio iaitu Reyes yang merupakan ahli perniagaan yang paling kejam dan korup di sana. Tetapi, untuk merompak harta Reyes bukannya mudah kerana Reyes telah merasuah dan mempunyai hubungan yang cukup baik dengan ketua polis disitu.


Jadi, mereka telah mengumpulkan beberapa orang untuk dijadikan satu kumpulan khas untuk misi merompak harta Reyes ini demi membeli kebebasan mereka. Masalah mereka bertambah apabila Luke Hobbs iaitu salah seorang ejen yang tidak pernah gagal di dalam setiap tugasnya telah di arah oleh pihak polis Amerika untuk menangkap mereka bertiga.
Pertemuan Pertama Untuk Misi Merompak Harta Reyes


Filem kali ini memang sangat menarik kerana jalan ceritanya yang bagus dan plot yang tersusun tidak seperti filem sebelum ini yang hanya lebih kepada perlumbaan kereta sahaja. Di dalam filem kali ini korang semua akan dipertontonkan dengan nilaikekeluargaan, setiawakan, kebebasan dan elemen komedi serta aksi kejar - mengejar dan berlawan yang sangat menarik dan hebat atau boleh aku kategorikan sebagai WOW! Korang akan terpesona melihat kereta mahal yang menjunam ke tasik, perlumbaan kereta menggunakan kereta polis, letupan tandas dan berbagai - bagai lagi aksi dan suasana yang direka dengan cukup kreatif dan menghiburkan.


Babak Nih Memang WOW!


Aku terhibur dengan humor yang ditonjolkan oleh watak Roman dan Tej serta aksi yang dilakonkan oleh Van Diesel serta Dwayne Johnson. Memang korang tak akan kering gusi menonton sebab memang lucu dan sangat dramatik. Aku tak tahu nak taip apa tapi senang cakap filem ini memang terbaik dan kreatif kerana dari babak permulaan filem nih sahaja dah buat korang teruja, ingin tahu dan bersemangat menonton sehingga lah kepada penamat filem ini.


Salah Satu Adegan Kejar Mengejar Diantara Dom Toretto Dan Hobbs.


Senang cakap duit tiket korang memang sangat berbaloi untuk dilaburkan kepada filem terbaik ini. Daripada 5 bintang aku dengan gembiranya memberi 5 bintang untuk filem Fast & Furious Five. Jadi, selamat menonton di pawagam berhampiran anda untuk menikmati kualiti gambar dan bunyi yang amat mengagumkan!


p/s: jeles giler aku tengok scene yang hujung2 tu tgk Han dapat tackle Gisele yg cute tuh..

No comments: